Social Icons

Thursday, February 2, 2012

Keistimewaan Program Inap Desa

Soalan:
Huraikan pendapat anda tentang keistimewaan program inap desa. Panjang huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.




Program inap desa atau lebih dikenali sebagai homestay adalah merupakan rumah awam yang menyediakan ruang atau bilik untuk disewakan kepada para pelancong. Kaedah inap desa ini adalah bagi menampung kekurangan bilik hotel di sesetengah tempat. Ini adalah kerana sesetengah tempat yang kecil dan terpencil tidak mempunyai hotel, resort, chalet dan sebagainya.

Konsep inap desa dapat menambahkan pendapatan ekonomi orang kampung tradisional. Perniagaan seperti penjualan makanan-makanan ringan dan kraftangan bukan sahaja dapat menarik pelanggan dalam kalangan pelancong, malah hal ini juga dapat menjadi tonggak dalam memajukan lagi industri desa.

Selain itu, program ini juga membuka ruang kepada para pelancong untuk lebih mengenali adat budaya dan kesenian masyarakat tempatan. Ekoran daripada hal itu, dengan tidak secara langsung, para pelancong yang tinggal bersama keluarga angkat juga dapat mempelajari cara hidup masyarakat setempat.

Apabila dilihat daripada aspek negara, program inap desa ini juga merupakan antara program rangsangan bagi memajukan industri pelancongan di negara kita. Pada tahun 2007, Malaysia mensasarkan seramai 13 juta orang pelancong melawati negara ini dan pelbagai usaha disusun bagi mencapai sasaran itu.

Sesungguhnya, program inap desa ini amat berpotensi untuk memajukan industri pelancongan di negara kita. Kita umpama aur dengan tebing. Oleh itu, kerjasama antara kerajaan dan rakyat Malaysia amat diperlukan.

An update people :)

To whom ever that follows my blog, here's an update for you guys. From now on, I not only use it as a personal blog but also, I'll be posting my homework as well. Homework in terms of Bahasa Malaysia essays, English essays an so on. They're not perfect, just as an idea for you to compare or if you feel it as an inspiration or an idea that you can use for your own. It's also a good way for me to use it as a reference, since its already online cause I usually end up with a messy folder. Feel free to comment on them. Thank you ;D
 

Sample Text

Kuala Lumpur